Monday 16 April 2018

Cara Membuang Virus Kapersky

Cara Membuang Virus Kapersky


















Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas  dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara membuang virus bersama yang diajar oleh  Encik Fuad . Program ini diadakan di makmal ict .Kami diajar cara cara untuk mengesan dan membuang virus dengan lebih mendalam dan mudah . Kami diterangkan mengenai ini dengan lebih mendalam . Pelajaran ini mengambil masa lebih kurang sejam jugaa laa..Dengan ilmu yang diajar oleh Encik Fuad ini..saya dapat membuang virus dengan mudah .


Membudaya kepenggunaan dalam masyarakat

Membudaya kepenggunaan dalam masyarakat

SERDANG 8 Okt. - Sejumlah 120,156 peserta pelbagai peringkat umur telah menyertai Pertandingan Kepenggunaan yang diadakan secara tahunan sekali gus membuktikan inisiatif diambil menjadi medium tepat untuk mendedahkan dan memupuk budaya kepenggunaan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, edisi ke-15 pertandingan diadakan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) 2016 mendapat sambutan hangat khususnya pelajar sekolah dan dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang merebut hadiah tunai yang ditawarkan.

Beliau berkata, sejumlah RM300,000 hadiah tunai keseluruhan ditawarkan dalam 12 kategori pertandingan tahun ini yang dimulakan sejak Januari lalu di pelbagai lokasi terpilih di seluruh negara.

Pertandingan ini dimulakan sejak 2002 dan sambutannya amat memberangsangkan menunjukkan pertandingan berbentuk riadah sosial sekeluarga ini bukan sahaja makin menjadi sebutan ramai, malah juga ukuran penting terhadap peranan serta kejayaan FOMCA mendidik pengguna berkenaan hak dan tanggungjawab mereka.

"Melalui medium interaktif begini kita komited kesedaran dan pemahaman berkenaan isu-isu kepenggunaan serta hak sebagai pengguna akan semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini meliputi pelbagai peringkat umur dan taraf sosial.

"Pada edisi 2015, seramai 131,903 peserta mengambil bahagian. Walaupun jumlah penyertaan kali ini agak menurun, namun objektif asas kami melalui acara ini tetap berfokus iaitu mempromosi peranan FOMCA di samping memberi penerangan kepada pelajar dan rakyat umum tentang hak, peranan penguna dan isu-isu kepenggunaan semasa,"katanya yang ditemui di majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Kepenggunaan sempena BPK 2016 di Tapak Ekspo Agro Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini. - UTUSAN ONLIN#



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/membudaya-kepenggunaan-dalam-masyarakat-1.392206#ixzz5Cu993B5L 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerosakan RAM dan Cara Penyelesaian

RAM

Dalam dunia komputer, memory RAM dibedakan menjadi tiga, yaitu DDR, DDR2 dan DDR3. Yang membedakan ketiganya selain dari bentuknya adalah kecepatan akses data yang dimiliki dan kebutuhan daya dalam beroperasi. Hal tersebut ditentukan oleh frekuensi transfer data masing-masing RAM.

Double Data Rate (DDR) hanya memiliki frekuensi transfer data antara 200-400 MHz (voltase 2,5 volt), DDR2 antara 400-1066 MHz (voltase 1,8 volt), dan DDR3 berkisar antara 2133 MHz (voltase 1,5 volt).

Apa yang dapat Anda simpulkan? Benar. Kecepatan akses datanya meningkat hingga dua kali lipat setiap generasi, dan kebutuhan tegangan juga menurun.

Cara Penyelesaian :



1. Bersihkan pin RAM dengan penghapus atau kain halus.

Silakan gosok pin tembaga pada RAM dengan menggunakan penghapus yang lembut. Tujuan dari cara tersebut ialah untuk membersihkan tembaga dari debu dan kotoran serta “memancing” ion-ion pada tembaga untuk kembali aktif. Anda juga bisa mengganti penghapus dengan kain yang lembut untuk menggosok. Coba pasang kembali dan nyalakan komputer Anda. Biasanya pada tahap ini RAM yag error atau rusak berhasil diperbaiki.

Usahawan GTG eksport RM35 juta produk halal

Usahawan GTG eksport RM35 juta produk halal

KUALA LUMPUR 5 April- Lima syarikat bumiputera pemain industri halal berjaya memperoleh kontrak dagangan bernilai RM19.266 juta melibatkan 33 stok keeping unit (SKU), melalui program Gate to Global (GTG) anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, berkata, GTG menjadi platform untuk usahawan bumiputera melebarkan perniagaan ke peringkat global, terutamanya bagi pemain industri halal negara.

“Industri halal adalah industri paling cepat berkembang di dunia sehingga mencapai nilai USD2.3 trilion, dan GTG boleh menjadi platform bagi usahawan melebarkan sayap ke luar negara. 

“Setakat ini, usahawan GTG telah berjaya mengembangkan pasaran ke Jepun, China, Korea, Emiriah Arab Bersatu, Republik Niger, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas upacara pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat halal bumiputera dengan  ejen-ejen pemasar serta pengimport luar negara di Simposium Ekosistem Gelatin Halal bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2018 (Mihas 2017).

Biarpun baru tujuh bulan dilancarkan, setakat ini GTG telah berjaya membantu usahawan bumiputera mendapatkan kontrak dagangan RM35.266 juta dengan 57 SKU.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/usahawan-gtg-eksport-rm35-juta-produk-halal-1.642448#ixzz5Cu077gZv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

36 Terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil

36 terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil


KUALA TERENGGANU 25 Mac – Seramai 36 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah harian di negeri ini menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2017 hari ini.

Masing-masing yang yang turut mencatatkan pencapaian terbaik dalam mata pelajaran   matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia melayakkan mereka  menerima wang tunai RM1,500 sseorang dan sijil.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam  dan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed berkata, anugerah itu adalah seiring dengan usaha  syarikat  untuk memupuk dan meningkatkan bakat muda dalam sains, matematik, teknologi dan inovasi.

 “Sebagai tanda komitmen berterusan dalam menjayakan salah satu tanggungjawab sosial korporat kami terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini, sebanyak RM75,000 diperuntukkan tahun ini bagi menjayakan program berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah itu yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankusa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, Bazlan Abdul Rahman di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Matsor Ismail.

Sukiman berkata, pada tahun ini ExxonMobil memperuntukkan kira-kira RM500,000 kepada Terengganu melalui program tanggungjawab sosial korporat bagi  melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kemasyarakatan.

Sempena dengan majlis itu juga, empat sekolah harian terbaik STEM yang memperoleh prestasi A turut menerima ganjaran sebanyak RM2,000 dan sijil.

 Ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Rusila, Marang dalam mata pelajaran matematik tambahan, SMK Tengku Lela Segara, Marang (Fizik), SMK Bukit Sawa, Marang (Kimia) di samping SMK Sultan Omar, Dungun (Biologi)

Selain itu, SMK Tengku Lela Segara  menerima Anugerah Sekolah Menengah Harian Terbaik Keseluruhan STEM 2017 dengan hadiah wang tunai RM3,000 manakala dan Daerah Kemaman menerima Anugerah Daerah Pperningkatan Tertinggi Calon STEM 2017 menerima wang tunai RM2,000 dan sijil.

Dalam majlis itu, Bazlan turut melancarkan Modul Intervensi Pembelajaran Ujian Pencpaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan SPM.

Kira-kira 60,000 unit bahan pembelajaran tersebut akan dicetak dan  diagihkan  kepada bakal calon  pada  hujung bulan ini atau awal April depan.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/36-terima-anugerah-pelajar-cemerlang-stem-exxonmobil-1.634754#ixzz5CtxanWCn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Liga Bola Sepak Bukit Mertajam


  Sekali lagi untuk saya menceritakan tentang sukan yang saya aktif sekarang ini , Pada 11 April 2018 IntripStragers membuat satu rekod kemenangan ke atas perlawanan baru baru ini . kami sentiasa bersama untuk mencipta rekod tiada kekalahan lagi di mana ini game kali yang ketiga bagi kami 

pada perlawanan yang pertama kami bertemu team TimuranFC dengan kemenangan sebanyak 3-0 , perlawanan yang kedua kami bertemu dengan Bozita Sankora kemenangan sebanyak 5-1 . dan game ketiga baru baru ini kami membuat kemenangan yang besar iaitu bertemu dengan team MCRG FC gol yang dihasilkan sebanyak 8-0

kami hanya mempunyai dua game lagi untuk berentap mengambil kejuaraan bagi IntripStragers , isnyaallah ada rezeki next game kemenangan milik kami ,

Fit Malaysia





 Pada hari sabtu 7 April , ILP Perai telah pun menyertai dalam pertadingan Fit Malaysia di politeknik seberang perai , yang menyertai ialah sem 1 dan sem 2 . acara yang di adakan  berlari 5km , 10km dan ride bersama Khairy Jamaluddin seabnyak 30km .

 terdapat 15000 yang dapat menyertai dalam Fit Malaysia. telah tamat dalam pertandingan kesemua yang hadir aklan mendapat medal dan juga makanan keapada para peserta .t

selepas tu , kesemua membuat senamrobik untuk  memenaskan badan bagi melaksanakan acara yang ditetapkan . dan itu Khairy Jamaluddin membuat satu ucapan tentang kegiatan Fit .
Ia melibatkan sukan kepada seluruh rakyat malaysia . 

Saya harap sukan akan terus maju kehadapan kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan aktif suatu hari nanti



( Medal Fit Malaysia )





Featured post

Cara Membuang Virus Kapersky

Cara Membuang Virus Kapersky Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas  dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara me...

Popular Posts