Membudaya kepenggunaan dalam masyarakat
SERDANG 8 Okt. - Sejumlah 120,156 peserta pelbagai peringkat umur telah menyertai Pertandingan Kepenggunaan yang diadakan secara tahunan sekali gus membuktikan inisiatif diambil menjadi medium tepat untuk mendedahkan dan memupuk budaya kepenggunaan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, edisi ke-15 pertandingan diadakan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) 2016 mendapat sambutan hangat khususnya pelajar sekolah dan dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang merebut hadiah tunai yang ditawarkan.
Beliau berkata, sejumlah RM300,000 hadiah tunai keseluruhan ditawarkan dalam 12 kategori pertandingan tahun ini yang dimulakan sejak Januari lalu di pelbagai lokasi terpilih di seluruh negara.
Pertandingan ini dimulakan sejak 2002 dan sambutannya amat memberangsangkan menunjukkan pertandingan berbentuk riadah sosial sekeluarga ini bukan sahaja makin menjadi sebutan ramai, malah juga ukuran penting terhadap peranan serta kejayaan FOMCA mendidik pengguna berkenaan hak dan tanggungjawab mereka.
"Melalui medium interaktif begini kita komited kesedaran dan pemahaman berkenaan isu-isu kepenggunaan serta hak sebagai pengguna akan semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini meliputi pelbagai peringkat umur dan taraf sosial.
"Pada edisi 2015, seramai 131,903 peserta mengambil bahagian. Walaupun jumlah penyertaan kali ini agak menurun, namun objektif asas kami melalui acara ini tetap berfokus iaitu mempromosi peranan FOMCA di samping memberi penerangan kepada pelajar dan rakyat umum tentang hak, peranan penguna dan isu-isu kepenggunaan semasa,"katanya yang ditemui di majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Kepenggunaan sempena BPK 2016 di Tapak Ekspo Agro Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini. - UTUSAN ONLIN#
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/membudaya-kepenggunaan-dalam-masyarakat-1.392206#ixzz5Cu993B5L
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Cara Membuang Virus Kapersky
Cara Membuang Virus Kapersky Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara me...
Popular Posts
-
RAM Dalam dunia komputer, memory RAM dibedakan menjadi tiga, yaitu DDR, DDR2 dan DDR3. Yang membedakan ketiganya selain dari bentuknya...
-
Assalamulaikum, kali ini saya nak kongsi sikit cara-cara nak kesan kerosakan pada komputer. Semoga bermanfaat kepada yang membaca. Berikut...
-
Cara Membuang Virus Kapersky Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara me...
No comments:
Post a Comment