Showing posts with label #IsuKepenggunaan. Show all posts
Showing posts with label #IsuKepenggunaan. Show all posts

Monday, 16 April 2018

Membudaya kepenggunaan dalam masyarakat

Membudaya kepenggunaan dalam masyarakat

SERDANG 8 Okt. - Sejumlah 120,156 peserta pelbagai peringkat umur telah menyertai Pertandingan Kepenggunaan yang diadakan secara tahunan sekali gus membuktikan inisiatif diambil menjadi medium tepat untuk mendedahkan dan memupuk budaya kepenggunaan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, edisi ke-15 pertandingan diadakan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) 2016 mendapat sambutan hangat khususnya pelajar sekolah dan dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang merebut hadiah tunai yang ditawarkan.

Beliau berkata, sejumlah RM300,000 hadiah tunai keseluruhan ditawarkan dalam 12 kategori pertandingan tahun ini yang dimulakan sejak Januari lalu di pelbagai lokasi terpilih di seluruh negara.

Pertandingan ini dimulakan sejak 2002 dan sambutannya amat memberangsangkan menunjukkan pertandingan berbentuk riadah sosial sekeluarga ini bukan sahaja makin menjadi sebutan ramai, malah juga ukuran penting terhadap peranan serta kejayaan FOMCA mendidik pengguna berkenaan hak dan tanggungjawab mereka.

"Melalui medium interaktif begini kita komited kesedaran dan pemahaman berkenaan isu-isu kepenggunaan serta hak sebagai pengguna akan semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini meliputi pelbagai peringkat umur dan taraf sosial.

"Pada edisi 2015, seramai 131,903 peserta mengambil bahagian. Walaupun jumlah penyertaan kali ini agak menurun, namun objektif asas kami melalui acara ini tetap berfokus iaitu mempromosi peranan FOMCA di samping memberi penerangan kepada pelajar dan rakyat umum tentang hak, peranan penguna dan isu-isu kepenggunaan semasa,"katanya yang ditemui di majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Kepenggunaan sempena BPK 2016 di Tapak Ekspo Agro Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini. - UTUSAN ONLIN#



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/membudaya-kepenggunaan-dalam-masyarakat-1.392206#ixzz5Cu993B5L 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Usahawan GTG eksport RM35 juta produk halal

Usahawan GTG eksport RM35 juta produk halal

KUALA LUMPUR 5 April- Lima syarikat bumiputera pemain industri halal berjaya memperoleh kontrak dagangan bernilai RM19.266 juta melibatkan 33 stok keeping unit (SKU), melalui program Gate to Global (GTG) anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, berkata, GTG menjadi platform untuk usahawan bumiputera melebarkan perniagaan ke peringkat global, terutamanya bagi pemain industri halal negara.

“Industri halal adalah industri paling cepat berkembang di dunia sehingga mencapai nilai USD2.3 trilion, dan GTG boleh menjadi platform bagi usahawan melebarkan sayap ke luar negara. 

“Setakat ini, usahawan GTG telah berjaya mengembangkan pasaran ke Jepun, China, Korea, Emiriah Arab Bersatu, Republik Niger, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas upacara pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat halal bumiputera dengan  ejen-ejen pemasar serta pengimport luar negara di Simposium Ekosistem Gelatin Halal bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2018 (Mihas 2017).

Biarpun baru tujuh bulan dilancarkan, setakat ini GTG telah berjaya membantu usahawan bumiputera mendapatkan kontrak dagangan RM35.266 juta dengan 57 SKU.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/usahawan-gtg-eksport-rm35-juta-produk-halal-1.642448#ixzz5Cu077gZv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

36 Terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil

36 terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil


KUALA TERENGGANU 25 Mac – Seramai 36 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah harian di negeri ini menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2017 hari ini.

Masing-masing yang yang turut mencatatkan pencapaian terbaik dalam mata pelajaran   matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia melayakkan mereka  menerima wang tunai RM1,500 sseorang dan sijil.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam  dan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed berkata, anugerah itu adalah seiring dengan usaha  syarikat  untuk memupuk dan meningkatkan bakat muda dalam sains, matematik, teknologi dan inovasi.

 “Sebagai tanda komitmen berterusan dalam menjayakan salah satu tanggungjawab sosial korporat kami terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini, sebanyak RM75,000 diperuntukkan tahun ini bagi menjayakan program berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah itu yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankusa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, Bazlan Abdul Rahman di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Matsor Ismail.

Sukiman berkata, pada tahun ini ExxonMobil memperuntukkan kira-kira RM500,000 kepada Terengganu melalui program tanggungjawab sosial korporat bagi  melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kemasyarakatan.

Sempena dengan majlis itu juga, empat sekolah harian terbaik STEM yang memperoleh prestasi A turut menerima ganjaran sebanyak RM2,000 dan sijil.

 Ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Rusila, Marang dalam mata pelajaran matematik tambahan, SMK Tengku Lela Segara, Marang (Fizik), SMK Bukit Sawa, Marang (Kimia) di samping SMK Sultan Omar, Dungun (Biologi)

Selain itu, SMK Tengku Lela Segara  menerima Anugerah Sekolah Menengah Harian Terbaik Keseluruhan STEM 2017 dengan hadiah wang tunai RM3,000 manakala dan Daerah Kemaman menerima Anugerah Daerah Pperningkatan Tertinggi Calon STEM 2017 menerima wang tunai RM2,000 dan sijil.

Dalam majlis itu, Bazlan turut melancarkan Modul Intervensi Pembelajaran Ujian Pencpaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan SPM.

Kira-kira 60,000 unit bahan pembelajaran tersebut akan dicetak dan  diagihkan  kepada bakal calon  pada  hujung bulan ini atau awal April depan.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/36-terima-anugerah-pelajar-cemerlang-stem-exxonmobil-1.634754#ixzz5CtxanWCn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 19 February 2018

Isu Penggunaan Grab Dan Uber

SAN FRANCISCO: Uber bersedia menjual perniagaannya di Asia Tenggara kepada firma Singapura, Grab sebagai tukaran kepada kepentingan di dalam syarikat berkenaan, demikian menurut dua sumber yang rapat dengan perkembangan itu dipetik sebagai berkata oleh CNBC.




Tiada persetujuan yang sudah dicapai dan tempoh masa urus niaga berkenaan juga belum dipastikan.

Grab menyediakan perkhidmatan kereta persendirian, motosikal, teksi dan perkongsian kenderaan di lebih 100 bandar seluruh Asia Tenggara.

Syarikat itu dikatakan menguasai 95 peratus pasaran e-panggilan teksi semasa ia mengumumkan rancangan untuk menjana lebih daripada AS$2.5 bilion daripada SoftBank dan pelabur lain pada 2017.

Langkah itu akan menjejaki strategi Uber di China, di mana syarikat itu menjual operasi panggilan kenderaannya kepada Didi bagi mendapatkan pemilikan 20 peratus dan di Russia, apabila syarikat itu menggabungkan perniagaan domestiknya bersama Yandex bagi mendapatkan 37 peratus kepentingan.

Matlamatnya adalah untuk membantu Uber mengurangkan kos sebagai persediaan tawaran awam permulaan (IPO) seawal tahun depan, kata sumber berkenaan, yang enggan dikenali kerana perbincangan itu adalah sulit.

Sunday, 18 February 2018

Isu Kepengunaan jimat dalam pembelian

Dr.Mohd Shukri Hanapi adalah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Penggunaan merupakan peringkat terakhir setelah selesai aktiviti pengeluaran dan pengagihan. Masyarakat yang telah sebati dengan suasana ekonomi moden tidak terdaya untuk menghadapi aliran penawaran barangan dan perkhidmatan yang semakin berleluasa di pasaran. Suasana ini sebenarnya mengundang kecenderungan perbelanjaan masyarakat yang sukar dikawal sehingga berlaku masalah pembaziran, berlumba-lumba mengejar status, budaya berhutang yang tinggi, muflis, inflasi seterusnya mencetuskan pelbagai sosioekonomi.

Featured post

Cara Membuang Virus Kapersky

Cara Membuang Virus Kapersky Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas  dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara me...

Popular Posts