Sunday, 18 February 2018

Isu Kepengunaan jimat dalam pembelian

Dr.Mohd Shukri Hanapi adalah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Penggunaan merupakan peringkat terakhir setelah selesai aktiviti pengeluaran dan pengagihan. Masyarakat yang telah sebati dengan suasana ekonomi moden tidak terdaya untuk menghadapi aliran penawaran barangan dan perkhidmatan yang semakin berleluasa di pasaran. Suasana ini sebenarnya mengundang kecenderungan perbelanjaan masyarakat yang sukar dikawal sehingga berlaku masalah pembaziran, berlumba-lumba mengejar status, budaya berhutang yang tinggi, muflis, inflasi seterusnya mencetuskan pelbagai sosioekonomi.
ya, masalah pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia bernilai RM4.4 trilion setahun; hutang yang tinggi sebagaimana Kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (MISI) yang mendapati hampir 68 peratus rakyat Malaysia dibebani hutang dan meletakkan Malaysia dalam kelompok lapan pasaran negara di Asia yang mempunyai kadar hutang isi rumah yang tinggi; dan isu muflis sebagaimana rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 97,215 kes muflis dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh 2012 sehingga September 2016. Daripada jumlah itu, sebanyak 22,581 kes, atau 23 peratus, membabitkan kategori dewasa muda, atau Gen Y, yang berumur antara 25 hingga 34 tahun diisytiharkan muflis, selain sebanyak 1,157 kes membabitkan mereka berumur di bawah umur 25 tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir sebagaimana yang dilaporkan dalam Berita Harian (16 September 2016), antara sebab utama muflis kerana gagal melunaskan pinjaman sewa beli kenderaan membabitkan 26,801 kes, atau 27.6 peratus, disusuli pinjaman peribadi 22,153 kes, atau 22.8 peratus dan pinjaman perumahan 18,819 kes, atau 19.4 peratus. Hal ini berpunca daripada kegagalan merancang kewangan dengan baik. Meskipun rumah dan kenderaan itu suatu keperluan, namun para pengguna patut mengambil kira kemampuan dan pendapatan mereka .
Bagi sistem ekonomi liberal kapitalis yang diguna pakai secara meluas pada ketika ini, membelanjakan pendapatan yang diperoleh bagi tujuan memaksimumkan kepuasan material merupakan sesuatu yang rasional dan sangat digalakkan. Hal ini kerana kemajuan diukur dengan penggunaan utiliti material yang maksimum. Semakin tinggi kadar kepenggunaan utiliti material, semakin tinggilah tahap kemajuan. Meskipun begitu, penggunaan maksimum bagi mencapai kepuasan material sebegini boleh menimbulkan kesan negatif seperti yang dinyatakan sebelum ini. Perkara ini berlaku apabila para pengguna yang berpendapatan rendah terpaksa berhutang untuk memaksimumkan penggunaan utiliti material mereka.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Cara Membuang Virus Kapersky

Cara Membuang Virus Kapersky Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas  dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara me...

Popular Posts