Monday 19 February 2018

Isu Penggunaan Grab Dan Uber

SAN FRANCISCO: Uber bersedia menjual perniagaannya di Asia Tenggara kepada firma Singapura, Grab sebagai tukaran kepada kepentingan di dalam syarikat berkenaan, demikian menurut dua sumber yang rapat dengan perkembangan itu dipetik sebagai berkata oleh CNBC.




Tiada persetujuan yang sudah dicapai dan tempoh masa urus niaga berkenaan juga belum dipastikan.

Grab menyediakan perkhidmatan kereta persendirian, motosikal, teksi dan perkongsian kenderaan di lebih 100 bandar seluruh Asia Tenggara.

Syarikat itu dikatakan menguasai 95 peratus pasaran e-panggilan teksi semasa ia mengumumkan rancangan untuk menjana lebih daripada AS$2.5 bilion daripada SoftBank dan pelabur lain pada 2017.

Langkah itu akan menjejaki strategi Uber di China, di mana syarikat itu menjual operasi panggilan kenderaannya kepada Didi bagi mendapatkan pemilikan 20 peratus dan di Russia, apabila syarikat itu menggabungkan perniagaan domestiknya bersama Yandex bagi mendapatkan 37 peratus kepentingan.

Matlamatnya adalah untuk membantu Uber mengurangkan kos sebagai persediaan tawaran awam permulaan (IPO) seawal tahun depan, kata sumber berkenaan, yang enggan dikenali kerana perbincangan itu adalah sulit.


Sejak mengambil alih daripada pengasas bersama Travis Kalanick pada Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi menumpukan kepada usaha memulihkan reputasi syarikat itu dan melaksanakan disiplin kewangan dalam usaha mengukuhkan keuntungan.

Kerugian Uber melonjak 61 peratus tahun lalu kepada AS$4.5 bilion, demikian menurut angka yang dikeluarkan minggu ini, walaupun kerugiannya pada suku keempat mengecil berbanding tempoh sebelumnya.

Kerjasama dengan Grab juga memainkan peranan dalam usaha SoftBank untuk mengukuhkan kawalan ke atas pasaran perkongsian kenderaan global.

Januari lalu, konglomerat teknologi Jepun itu membeli kira-kira 15 peratus kepentingan di dalam Uber, kebanyakannya dengan membeli sahamnya daripada pelabur sedia ada.

SoftBank juga memiliki saham dalam Grab, Didi, Ola dari India dan 99 dari Brazil. Ia juga secara terbuka menyatakan minat ke atas Lfyt, pesaing utama Uber di Amerika Syarikat (AS).

Pada Persidangan Teknologi dan Internet Goldman Sachs di San Francisco minggu lalu, Khosrowshahi berkata persaingan dengan syarikat tempatan adalah amat sukar.

November lalu, Reuters, memetik sumber industri melaporkan bahawa pelaburan SoftBank di dalam Uber akan membolehkan syarikat itu mengukuhkan sebahagian aset perkongsian kenderaannya di serata Asia.

Seorang pelabur Uber memberitahu Reuters bahawa menutup unitnya di Asia Tenggara akan membolehkan syarikat "mencetak wang" dan menjadikan IPO lebih realistik.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Cara Membuang Virus Kapersky

Cara Membuang Virus Kapersky Pada Jumaat yang lalu saya dan rakan kelas  dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara me...

Popular Posts